Selamat Datang ke portal blog rasmi kami, The Unsung Bachelor Headquarter...
Sebagai pembuka kata tanpa bicara, kami mengalu-alukan lawatan sambil belajar anda ke blog ini...
The Unsung Bachelor atau lebih dikenali sebagai UB telah ditubuhkan pada awal tahun 2008...ahli-ahlinya terdiri daripada mamat-mamat 'loser' yang sering berkecimpung dalam dunia penuh pancaroba....jadi, mungkin dengan hiburan-hiburan yang disediakan oleh blog ini sekurang-kurangnya dapat meredakan rasa kesunyian ahli-ahli yang terlibat...
UB telah diasaskan oleh Datuk Ir. Mike sambil dibantu oleh Tan Sri E...dan kebanyakkan ahli-ahlinya merupakan orang aktif kolej...UB juga merupakan satu pertubuhan yang mempunyai ahli-ahli yang sengal-sengal ubi kayu....dan sememangnya sering bernasib malang...
Dengan bermottokan "BACHELORS 4 LIFE", UB merupakan satu group yang bergiat aktif dlam mengenakan orang sekeliling terutama member-member ahli seperti 'prank' birthday member-member. Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan adalah bermain PES2009 beramai-ramai, mandi-manda di Ulu Yam dan lain-lain lagi...
Jadi sebagai penutup mulut yang sedang berbicara, kami mengharapkan respon dari anda sebagai para pembaca dan ahli-ahli untuk menjenguk blog UB ini dan juga melepaskan comment-comment yang anda rasa layak untuk diletakkan di sini...ingat! tanpa sokongan anda, siapalah kami...
Sekian, wassalam....!!!!!!
dari kami ~para-para loser~
February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment